Followers

Friday, January 18, 2013

BANJIR DI JAKARTA - kembalikan kepada Islam

Banjir Di Jakarta: Pelajar M'sia Selamat Tapi Diarah Berpindah

JAKARTA: Education Malaysia (EM) Indonesia pada Khamis mengarahkan pelajar Malaysia yang terjejas teruk dengan banjir di Jakarta supaya berpindah ke Dewan Malaysia di Jakarta Pusat.

Pengarah EM, Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata, pada masa ini semua pelajar Malaysia berada dalam keadaan selamat dan telah bersiap sedia berpindah jika diarahkan oleh pihak berkuasa berbuat demikian.

"Pihak EM Indonesia sentiasa berhubung dengan Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia (PKPMI) Cawangan Jakarta Asydad Azharudin dan Pengerusi Kelab Umno Jakarta, Farisan, untuk mendapatkan perkembangan terkini pelajar-pelajar yang terlibat selain telah mengarahkan agar prosedur operasi standard (SOP) bencana diaktifkan," katanya di sini. Kawasan kediaman pelajar Malaysia di Grogol dan Tanjung Duren di Jakarta Barat, adalah antara kawasan dinaiki air antara 0.2 meter hingga 1 meter, dalam kejadian banjir di Jakarta akibat hujan lebat sejak awal hari ini hingga tengah hari Khamis.

Pelajar Malaysia yang terlibat kebanyakannya penuntut Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian di Universiti Kristen Krida Wacana (UKRIDA) dan Universiti Trisakti.

Kedua-dua universiti itu telah membatalkan kuliah kerana kawasan universiti turut terjejas akibat banjir.

Kerajaan Pentadbiran Ibukota Jakarta telah mengisytiharkan Darurat Banjir mulai Khamis hingga 27 Januari berikutan banyak tempat dinaiki air termasuk kebanyakan jalan utama menuju ke pusat bandar.

Tuesday, October 2, 2012

FENOMENA HALO (MATAHARI DIKELILINGI BULATAN) | Blog Fyna

FENOMENA HALO (MATAHARI DIKELILINGI BULATAN) | Blog Fyna:


Fenomena Halo
Matahari dikelilingi bulatan atau ‘Halo’ dirakam jam 1 tengah hari tadi (2.10.2012)
di kawasan Taman Perindustrian Bersepadu, Rawang.
Foto BHARIAN
 Teori Fenomena Halo

Fenomena halo (bahasa Greekἅλως) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.
Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.
Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.
Fenomena Halo Indonesia

Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.
Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.
Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.



'via Blog this'

Saturday, September 22, 2012

TROLAK SELATAN: Saintis Mengakui : Nabi Musa Membelah Laut Merah

TROLAK SELATAN: Saintis Mengakui : Nabi Musa Membelah Laut Merah:



Para saintis telah mengkaji tentang kisah Nabi Musa membelah Laut Merah ketika dikejar dengan Firaun. Hasil kajian mereka membuktikan bahawa memang benar peristiwa itu berlaku mengikut hukum fizik.



Para saintis telah mengkaji tentang kisah Nabi Musa membelah Laut Merah ketika dikejar dengan Firaun. Hasil kajian mereka membuktikan ...

Komuniti Blogger JBwww.johor.blogspot.com

Friday, September 21, 2012

Bantahan Seluruh Dunia Hina Nabi Muhammad (s.a.w)

gambar cool: Cool Hebat:Bantahan Seluruh Dunia Hina Nabi Muhamm...:  Demonstrasi membantah filem anti-Islam di YouTube yang menghina Nabi Muhammad terus merebak dengan rusuhan di Mesir memasuki hari ketiga,...


Demonstrasi membantah filem anti-Islam di YouTube yang menghina Nabi Muhammad terus merebak dengan rusuhan di Mesir memasuki hari ketiga, hari ini.
Seramai 13 orang cedera apabila polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang bertindak melempar batu dan botol ke arah pasukan keselamatan di luar Kedutaan Amerika, di sini hari ini.
Sementara itu, Presiden Mesir, Mohammed Mursi mengutuk penerbitan filem itu dan mengecam tindakan keganasan oleh penunjuk perasaan ke atas Kedutaan Amerika Syarikat di Kaherah.
"Rakyat Mesir menolak sebarang penghinaan terhadap Nabi kita. Saya mengutuk perbuatan mengutuk Nabi kami," kata Mursi yang disiarkan melalui televisyen negara berhubung filem kontroversi itu.
"(Tetapi) menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi tetamu kita dari luar negara," katanya semasa lawatan di Brussels.
"Saya menyeru semua orang jangan melanggar undang-undang Mesir... jangan menyerang kedutaan-kedutaan," katanya, merujuk kepada tindakan penduduk Mesir menyerang Kedutaan AS di Kaherah, kelmarin dan menurunkan bendera AS dan menggantikan dengan bendera Islam.
Mursi turut mengutuk pembunuhan Duta AS dan tiga warga AS di Benghazi, Libya, kelmarin berhubung insiden yang sama.



Komuniti Blogger JB
www.johor.blogspot.com

Tuesday, September 18, 2012

Aina Emir... dari mata dan hatiku: Antara Gangnam Style dan Innocence of Muslims

Aina Emir... dari mata dan hatiku: Antara Gangnam Style dan Innocence of Muslims:


Friday, September 14, 2012

Antara Gangnam Style dan Innocence of Muslims


Salam

Berapa orang di antara kita seronok sangat menonton satu fenomena tarian baru yang datangnya juga dari Korea, dan dipanggil 'Gangnam Style'? Bukan setakat itu sahaja, malah semua orang cuba bina tarian mereka sendiri mengikut rentak itu, seolah-olah kalau tak buat macam tu begitu rugi besar! Mula-mula bila kami dengar pasal hal ini (Dihighlightkan kat TV3), kami pun hairanlah jugak, kenapa kita pun kalut sama? Best sangat ke? Walhasil, memang beginilah agaknya. Kita tak pernah tak mahu ketinggalan zaman sampaikan elok atau tidak untuk kita, mesti kita ikut saja. Huh!

Agaknya pula, berapa ramai di antara kita cuba mencari maklumat tentang apa yang terjadi sekarang ini di dunia Islam? Heboh merata dunia tentang filem yang dibikin oleh seseorang berketurunan Yahudi di California, Amerika Syarikat bertajuk 'Innocence of Muslims', bukan hanya Nabi Muhammad SAW dihina, tetapi seluruh umat Islam dan agama Islam itu dipandang rendah seolah-olah tak bertamadun! Patutlah ada yang mengamuk gila! Biasalah, bila ia terjadi pada orang putih apa tah lagi rakyat Amerika, nayawa mereka mempunyai nilai yang tinggi, tetapi insan lain di dunia ini memang patut dibelasah ikut sesuka hati. Subhanallah.

Bukan niat saya untuk bercerita tentang hal-hal ini, cuma cuba mengingatkan kita untuk ambil kira apa yang patut kita fikirkan, bukan apa yang patut kita jadikan ikutan kita, seterusnya menjadi amalan dan merosakkan budaya yang sudah sedia tunggang-langgang. Wallahua'lam.

Wassalam.


'via Blog this'

http://www.facebook.com/groups/jual2u/
http://www.e-iklan1malaysia.blogspot.com

Sunday, September 16, 2012

SELAMAT HARI PERSEKUTUAN MALAYSIA KE-49

4 buah negara merdeka: Persekutuan Tanah Melayu -merdeka 31.8.1957 Borneo Utara-merdeka 31.8.1963 Sarawak-merdeka 22.7.1963 Singapura -merdeka 31.8.1963

Telah membuat perjanjian dengan Kerajaan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland untuk bergabung mewujudkan sebuah negara baru-Malaysia

Pada 16.9.1963 maka Persekutuan Malaysia diisytiharkan.

SELAMAT HARI PERSEKUTUAN MALAYSIA KE-49