Followers

Tuesday, August 22, 2017

Berita 23 Ogos 2017

*Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada muslimin serta muslimat yg dikasihi, selamat pagi kepada teman2 yg bukan beragama islam yg di hormati sekalian* 😘😍😎...
             *Rabu 23 Ogos 2017 masihi bersamaan 1 Zulhijjah 1438 Hijrah*

🇲🇾 *TERKINI SETEMPAT*
================

                ✍🏻 *SLIM RIVER: Seramai 10 kakitangan di wad lima Hospital Slim River (HSR) di sini menjalani proses pembersihan dan menerima rawatan susulan tumpahan raksa dari termometer yang pecah di lantai wad berkenaan smlm.*

                ✍🏻 *KULAI: Seorang ibu tunggal warganegara Singapura didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini semalam selepas mengaku bersalah mencuri sepasang kasut, di sebuah pusat beli belah, pada 5 Ogos lalu.*

                ✍🏻 *SANDAKAN: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 26 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes tiga suspek militan yang dituduh merancang menyertai kumpulan pengganas.*

                ✍🏻 *PORT DICKSON: Pelajar sebuah institusi pengajian tinggi berusia 21 tahun yang melarikan seorang kanak-kanak perempuan sembilan tahun dari rumahnya di sini, minggu lalu, dipercayai 'gila seks'.*

                ✍🏻 *SIMPANG PULAI: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan Agroto Business (M) Sdn Bhd (Agroto) di Kinta Highlands di sini smlm.*

                ✍🏻 *IPOH: Penduduk empat kampung di Pos Piah, Sungai Siput, merayu campur tangan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, untuk menghentikan pembalakan di kawasan berkenaan.*

                ✍🏻 *KOTA BHARU: Penemuan beberapa tulang berselerakan dekat Kampung Paya Rambai di sini petang semalam, yang mencetuskan misteri kerana disyaki milik manusia akhirnya terjawab apabila ujian forensik mendapati ia sebenarnya tulang kambing.*

                ✍🏻 *KAWASAN operasi mencari dan menyelamat (SAR) 10 kru kapal perang pemusnah milik Amerika Syarikat (AS), USS John S McCain yang bertembung dengan kapal dagang, Alnic MC di perairan Teluk Ramunia, Kota Tinggi semalam, diperluaskan ke 352 batu nautika persegi smlm.*

                ✍🏻 *PUTRAJAYA – Mayat pertama dari anak kapal perang pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS John S McCain yang dilaporkan hilang selepas terlibat dalam insiden perlanggaran dengan kapal MV Alnic MC awal pagi semalam di perairan Teluk Ramuniaberjaya ditemui pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) menerusi KD Handalan petang smlm.*

               ✍🏻 *LELAKI ditemui rentung dalam kebakaran rumah kedai di Jalan Ang Cheng Ho, Kuching, malam tadi.*

                ✍🏻 *Nelayan warga emas maut selepas lehernya terbelit tali pukat udang yang dinaikkannya dalam kejadian di perairan Pulau Pasir Hitam, Kuala Sepetang, Taiping semalam.*

                ✍🏻 *SEBANYAK 74 ketulan ganja mampat dengan anggaran berat 75.5 kilogram (kg) bernilai RM150,000 dirampas selepas polis menahan seorang lelaki dalam satu sekatan jalan raya di Bukit Kayu Hitam semalam.*

                ✍🏻 *DUA penyokong Myanmar cedera diserang sekumpulan lelaki selepas menyaksikan perlawanan bola sepak Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 antara Malaysia dan negara itu di Stadium Shah Alam malam kelmarin.*

                ✍🏻 *PELAJAR tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Senawang, Seremban, patah kaki kiri dipercayai akibat dipukul rakan sekelasnya, semalam.*

                ✍🏻 *LENGGONG: Seorang warga emas meninggal dunia di bumbung rumahnya di Kampung Temerloh, di sini petang smlm.*

                ✍🏻 *Kuala Lumpur: Tindakan seorang wanita warga Indonesia terjun dari tingkat dua sebuah premis pusat hiburan bagi melarikan diri mengundang padah apabila dia ditemui meninggal dunia di hadapan sebuah bank di Batu 5, Jalan Ipoh, di sini, awal pagi kelmarin.*

                ✍🏻 *WANITA sarat mengandung lapan bulan calar dan luka di kedua-dua tangan dan lutut selepas diragut penjenayah di bank di Jalan Molek, Taman Molek, Johor Bahru, 19 Ogos lalu.*

                ✍🏻 *LELAKI warga Indonesia dihadapkan ke dua mahkamah berasingan di Shah Alam, smlm, atas pertuduhan merompak dan membunuh bekas majikannya di kilang papan di Selayang, 5 Ogos lalu.*

                ✍🏻 *Kota Bharu: Penduduk Kampung Cabang Tiga Kedai Buluh di sini, dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki bersama motosikalnya di hadapan gelanggang futsal di sini, semalam.*

                ✍🏻 *IPOH – Seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol dilaporkan mengamuk sebelum bertindak membakar diri selepas tidak berpuas hati dengan tindakan polis menahannya, awal pagi smlm.*

                ✍🏻 *KUALA TERENGGANU - Empat lelaki termasuk dua beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, smlm, atas kesalahan dadah.*

                ✍🏻 *PENDANG - Seorang lelaki berusia 40 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Velfire maut apabila kereta yang dipandunya itu terbabas di dalam satu kemalangan jalan raya di kilometer 56.5 Lebuhraya Utara Selatan, smlm.*

                ✍🏻 *KAJANG – Seramai 300 murid dan guru keluar dari sebuah sekolah di sini apabila merasai gegaran di bangunan tersebut petang smlm.*

           
🌍 *SEANTERO BENUA*
================

                   🇮🇳 *NEW DELHI: McDonald's menutup 169 restorannya di wilayah utara dan timur India berikutan pertikaian francais.*
                   *Rangkaian makanan segera Amerika Syarikat (AS) itu, mendakwa berlaku kegagalan pembayaran royalti, justeru menamatkan perjanjian antara McDonald's India Pvt Ltd dan Connaught Plaza Restaurant Ltd (CPRL).*
                 *Penutupan perniagaan keseluruhan McDonald's di utara dan timur India akan menjejaskan ribuan pekerja.*

                🇬🇼 *CONAKRY: Lapan maut dan berpuluh lain cedera di di Guinea apabila timbunan sampah di pinggir ibu kota itu runtuh selepas hujan lebat.*
                     *Pegawai Kanan polis, Boubacar Kasse, berkata insiden berlaku di Hamdallai, terletak di daerah Ratoma, selepas hujan lebat selama seminggu.*
                    *Beliau berkata, lima mayat, termasuk dua kanak-kanak sudah dibawa ke rumah mayat di sini.*
            

📡 *TULAR / POPULAR
================
 

                 🏥 *PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menafikan Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya, malam ini kerana diserang sesak nafas seperti yang tular di laman sosial.*
                 *“Kami ingin memaklumkan bahawa sebaran mesej itu adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam kenyataannya di laman sosial Facebook (FB), malam tadi.*
                 *Mesej yang tular itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk mengecam berita palsu yang disebarkan.*

                 💨 *BEBERAPA keping gambar mengenai kewujudan aktiviti menjual 'shisha stick' di sekolah tersebar di laman sosial bukan kejadian baru sebaliknya ia kandungan lama ditularkan semula.*
                  *Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, siasatan mendapati perkara itu tular di laman sosial pada 2015.*
                *"Walaupun ia kejadian lama tapi sebagai satu bentuk peringatan kepada Jabatan Pendidikan dan ibu bapa supaya lebih berjaga-jaga.*

                 💩 *“SAYA terkejut apabila dimaklumkan oleh saudara berkenaan mesej fitnah yang tersebar sejak semalam menerusi WhatsApp,” kata pemilik Peniagaan Nasi Kandar Ayam Merah atau lebih dikenali Restoran Vanggey di Jalan Yang Kalsom, Ipoh, Mohamed Nihmathullah Syed Mustaffa.*
                  *Maklumat yang menjadi tular semula itu mengandungi, 'Jabatan kesihatan mengambil tindakkan ke atas restoran vanggey ptg td (petang tadi) kerana mendapati terdapat tahi manusia didalam peti ais yg menyimpan makanan. Dipercayai digunakan untuk menampal periuk yang dimasak sebagai penunduk (ilmu hitam). Nauzubillah..'*

                 🚨 *ATAS dasar kemanusiaan, dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertindak mengiringi kereta dipandu seorang bapa yang berdepan detik cemas apabila bayinya mengalami sawan serta demam panas untuk ke hospital.*
                    *Mohd Azizul Mohd Anuar, 33, serta Mohd Taufik Ramli, 31, iaitu Pembantu Penguatkuasa dari JPJ Selangor bertindak mengiringi kereta dipandu Muhammad Saiful Jaffar, 36, bermula dari persimpangan lampu isyarat Jalan KLIA 1 ke Putrajaya pada 18 Ogos lalu.*
                   *Tindakan kedua-dua anggota JPJ itu tular dalam laman sosial Facebook selepas dimuat naik oleh Muhammad Saiful sekali gus menerima pujian daripada netizen atas keprihatinan mereka.*

                 🚘 *Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) memperkenalkan varian terbaharu Hyundai Tucson iaitu 2.0L CRDI Diesel, jentera menggunakan rangkaian kuasa pengecaj turbo yang dibangunkan untuk prestasi terbaik dan kecekapan bahan api menakjubkan.*
                   *Tucson 2.0L CRDI Diesel, yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan itu mampu menghambur kuasa 178PS dan tork 400Nm daripada 1,750 hingga 2,750 rpm pada kelajuan maksimum 201 kilometer sejam (km/j).*

                  📲 *KUALA LUMPUR: Pemilihan doa terbaik untuk pelbagai tujuan kini lebih mudah susulan pelancaran aplikasi 'Send Doa' yang dihimpunkan 100 peratus daripada ayat suci al-Quran.*
                     *Dibangunkan Dunia Diyari Sdn Bhd, aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi AppStore dan Google Playstore itu turut mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).*

                📽 *Sejak memulakan tayangan dua minggu lalu, filem seram Annabelle: Creation berjaya menewaskan karya besar di Box Office Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain.*
                  *Prekuel filem Annabelle (2014) ini dilaporkan meraih kutipan RM150.56 juta dalam tempoh tiga hari tayangan di Amerika Syarikat.*
                

⛳ *CERITERA ATLET
===============

                 🥈 *LOS ANGELES: Pelari jarak jauh Amerika Syarikat, Shalane Flanagan bergembira semalam selepas akhirnya dianugerahkan pingat perak 10,000m Sukan Olimpik 2008 berikutan penggantungan doping terhadap pemenang tempat kedua Elvan Abeylegesse dari Turki.*

                 🦅 *PENYERANG Kedah, Ken Ilso Larsen memuji semangat setia kawan semua pemain Hijau Kuning yang menjadi salah satu faktor untuknya dipilih sebagai penerima anugerah pemain terbaik liga super Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) bagi edisi Julai 2017.*

                 🏑 *KUALA LUMPUR: Kapten skuad hoki negara Mohamad Sukri Abdul Mutalib mengingatkan rakan sepasukannya supaya mengambil iktibar daripada beberapa keputusan yang tidak memihak kepada pasukan Malaysia sebelum ini menjelang perlawanan pertama bertemu Indonesia, hari ini.*
                 *"Lihat bagaimana kejutan berlaku dalam acara sepak takraw sebagai contohnya dan begitu juga dalam beberapa acara lain yang tak memihak kepada atlet kita.*

                🥇 *KUALA LUMPUR: Irfan Shamshuddin merangkul pingat emas pertama Malaysia dalam olahraga hasil balingan 58.36 meter dalam lempar cakera lelaki di Stadium Nasional, Bukit Jalil, smlm.*

                ⚽ *KUALA LUMPUR: Tidak selincah Lionel Messi, namun sentuhannya cukup berbisa di depan pintu gol.*
                 *Itu yang dilihat kelebihan dimiliki penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, N Thanabalan yang kini sudah meledak tiga gol dalam dua penampilannya sepanjang temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).*
                 *Malah, Thanabalan yang kini mewakili FELCRA FC di peringkat kelab menjelaskan sudah menjadi tugas penyerang untuk meledak gol buat pasukan.*

             🏃🏻 *KUALA LUMPUR: Khairul Hafiz Jantan menamatkan penantian emas 14 tahun buat Malaysia dalam acara pecut 100 meter di temasya Sukan SEA apabila memenangi perlumbaan riben biru itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.*
                  *Atlet 19 tahun itu mencatat 10.38 saat, di depan pemenang emas Singapura 2015 dari Filipina, Eric Cray (10.43s) manakala pelari Thailand, Kritsada Nasuwun (10.43) di tempat ketiga.*

               🥉 *KUALA LUMPUR: Atlet tumpuan Sukan SEA, Muhammad Ziyad Zolkefli meraih pingat gangsa pada penampilan sulungnya dalam acara lontar peluru di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).*
                 *Kejayaan itu sekali gus mencatatkan dua sejarah baharu iaitu sebagai atlet paralimpik pertama menyertai Sukan SEA dan meraih pingat pada temasya dwitahunan berkenaan.*

               🐯 *MELAKA: Skuad Harimau Malaya tewas tipis 1-2 kepada Syria dalam aksi persahabatan antarabangsa kategori A yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Krubong, malam tadi.*

               🏸 *IMPIAN Datuk Lee Chong Wei memburu gelaran juara dunia buat kali pertama berkubur apabila tumpas di pusingan pertama Kejohanan Dunia di Glasgow, smlm kepada pemain Perancis, Brice Leverdez.*
                 *Kekalahan membuatkan peminat badminton dunia tidak dapat menyaksikan pertembungan epik beliau menentang musuh nombor satu dari China, Lin Dan pada final.*

                  🥇 *KEDUDUKAN 5 NEGARA TERATAS  DALAM PUNGUTAN PINGAT TERKINI* *MALAYSIA- Emas 40, Perak 31, Gangsa 22.. SINGAPURA- Emas 20, Perak 20, Gangsa 19.. VIETNAM- Emas 16, Perak 11, Gangsa 19.. THAILAND- Emas 13, Perak 18, Gangsa 25.. INDONESIA- Emas 12, Perak 14, Gangsa 23..*

Sponsored:
PlanLulus
CowayJohor

Wednesday, July 5, 2017

Coway VS Cuckoo : NEO 95 VS King Top 60

FROM COWAY AGENT:

COWAY NEO 95 -- PROMOSI AIR ALKALI RENDAH + BERMINERAL + TEKNOLOGI NANO!
COWAY IS #1 IN THE WORLD. NO OEM FILTER SYSTEM.
WORLD LARGERST R&D CENTRE.
World-class Specialists
.
⚡ DAFTAR DAN PERCUMA HADIAH MISTERI..
⚡ JIMAT WANG PROSES RM100, MULA BAYAR RM95 UNTUK BULAN KETIGA.
⚡ PERCUMA CHECK TEKANAN AIR, HANTAR, PASANG & SERVIS
⚡EJEN COWAY PALING JUJUR DAN MESRA PELANGGAN. SERVIS CEPAT.
.
Whatsapp atau Call -> 013-9
--------------------------
Adakah anda mencari penapis air PREMIUM secara SEWA, yang mempunyai ciri-ciri,
✅  Mudah bancuh susu dengan suhu panas, sejuk dan suhu bilik.
✅  Tangki simpanan untuk ganti botol, berkapasiti 5.8 liter
✅  Diiktiraf Halal JAKIM dan SIRIM
✅  Servis dan penukaran filter PERCUMA
✅  Jimat elektrik, dapur kemas, mesra kanak kanak
.
Kalau jawapan anda semua di atas, Coway Neo adalah jawapannya! Apa kata pengguna Coway Neo?
.
"Saya dah tak payah nak jerang air utk buat susu anak, memang mudah" - Zira, KL
.
"Tekan saja air panas keluar, hubby dah pandai buat kopi panas sendiri. Hehe." - Sha, Cheras
.
"Dulu beli air dari kedai, sekarang jimat wang, masa dan tenaga. Tq Coway." - Izzah, KL
---------------------
Apa tunggu lagi, jom grab offer special daripada saya. Hadiah percuma, sah sehingga stok masih ada.
.
🏁  Produk Neo terhad kepada 3,000** customer sahaja setiap bulan.
🏁  Tak perlu survey jenama lain, anda sudah jimat RM25 dengan Coway Neo!
.
Whatsapp atau Call -> 013-9




FROM CUCKOO AGENT:

CUCKOO RAYA PROMO 2017

KENAPA HARUS GUNA PENAPIS AIR R.O?
SEDANGKAN ANDA MAMPU GUNA PENAPIS AIR BERMINERAL DAN BERALKALI CUCKOO

JOM TUKAR DENGAN REGISTER PERCUMA, PASANG PERCUMA
TAWARAN TERHAD UNTUK SEMUA  

Menikmati Keluarga Bahgia Bersama Cuckoo!!

RM6/MONTH UNTUK PENAPIS AIR 3⃣ SUHU‼

[*PROMOSI CUCKOO 200K CUSTOMER *]

Cuckoo GOOOD PLAN Untuk Model King Top

❄ PERCUMA Pendaftaran (Jimat RM2⃣6⃣5⃣)
❄ PERCUMA 7⃣ Tahun Maintenance
❄ PERCUMA 7⃣ Tahun Warranty
❄ PERCUMA 7⃣ Tahun Penukaran Filter
❄ Dilengkapi Air Panas, Sejuk & Biasa
❄ Air Mineral Beralkali Ringan

HANYA DENGAN RM6⃣0⃣ KEHIDUPAN SEKELUARGA BERTAMBAH SIHAT DAN MUDAH
WASSAP SEKARANG, kerana Cuckoo ada lagi product lain teraik untuk anda..

please pm tepi..
WhatsApp
018...

m.facebook.com/cuckoo....

LUPAKAN PENAPIS AIR R.O, PROMOSI TUKAR PENAPIS AIR BERMINERAL DAN BERALKALI