Friday, September 14, 2012
Antara Gangnam Style dan Innocence of Muslims
Salam
Berapa orang di antara kita seronok sangat menonton satu fenomena tarian baru yang datangnya juga dari Korea, dan dipanggil 'Gangnam Style'? Bukan setakat itu sahaja, malah semua orang cuba bina tarian mereka sendiri mengikut rentak itu, seolah-olah kalau tak buat macam tu begitu rugi besar! Mula-mula bila kami dengar pasal hal ini (Dihighlightkan kat TV3), kami pun hairanlah jugak, kenapa kita pun kalut sama? Best sangat ke? Walhasil, memang beginilah agaknya. Kita tak pernah tak mahu ketinggalan zaman sampaikan elok atau tidak untuk kita, mesti kita ikut saja. Huh!
Agaknya pula, berapa ramai di antara kita cuba mencari maklumat tentang apa yang terjadi sekarang ini di dunia Islam? Heboh merata dunia tentang filem yang dibikin oleh seseorang berketurunan Yahudi di California, Amerika Syarikat bertajuk 'Innocence of Muslims', bukan hanya Nabi Muhammad SAW dihina, tetapi seluruh umat Islam dan agama Islam itu dipandang rendah seolah-olah tak bertamadun! Patutlah ada yang mengamuk gila! Biasalah, bila ia terjadi pada orang putih apa tah lagi rakyat Amerika, nayawa mereka mempunyai nilai yang tinggi, tetapi insan lain di dunia ini memang patut dibelasah ikut sesuka hati. Subhanallah.
Bukan niat saya untuk bercerita tentang hal-hal ini, cuma cuba mengingatkan kita untuk ambil kira apa yang patut kita fikirkan, bukan apa yang patut kita jadikan ikutan kita, seterusnya menjadi amalan dan merosakkan budaya yang sudah sedia tunggang-langgang. Wallahua'lam.
Wassalam.
'via Blog this'
http://www.facebook.com/groups/jual2u/
http://www.e-iklan1malaysia.blogspot.com
No comments:
Post a Comment