Followers

Friday, September 21, 2012

Bantahan Seluruh Dunia Hina Nabi Muhammad (s.a.w)

gambar cool: Cool Hebat:Bantahan Seluruh Dunia Hina Nabi Muhamm...:  Demonstrasi membantah filem anti-Islam di YouTube yang menghina Nabi Muhammad terus merebak dengan rusuhan di Mesir memasuki hari ketiga,...


Demonstrasi membantah filem anti-Islam di YouTube yang menghina Nabi Muhammad terus merebak dengan rusuhan di Mesir memasuki hari ketiga, hari ini.
Seramai 13 orang cedera apabila polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang bertindak melempar batu dan botol ke arah pasukan keselamatan di luar Kedutaan Amerika, di sini hari ini.
Sementara itu, Presiden Mesir, Mohammed Mursi mengutuk penerbitan filem itu dan mengecam tindakan keganasan oleh penunjuk perasaan ke atas Kedutaan Amerika Syarikat di Kaherah.
"Rakyat Mesir menolak sebarang penghinaan terhadap Nabi kita. Saya mengutuk perbuatan mengutuk Nabi kami," kata Mursi yang disiarkan melalui televisyen negara berhubung filem kontroversi itu.
"(Tetapi) menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi tetamu kita dari luar negara," katanya semasa lawatan di Brussels.
"Saya menyeru semua orang jangan melanggar undang-undang Mesir... jangan menyerang kedutaan-kedutaan," katanya, merujuk kepada tindakan penduduk Mesir menyerang Kedutaan AS di Kaherah, kelmarin dan menurunkan bendera AS dan menggantikan dengan bendera Islam.
Mursi turut mengutuk pembunuhan Duta AS dan tiga warga AS di Benghazi, Libya, kelmarin berhubung insiden yang sama.



Komuniti Blogger JB
www.johor.blogspot.com

No comments:

Post a Comment