Followers

Friday, September 21, 2012

Bantahan Seluruh Dunia Hina Nabi Muhammad (s.a.w)

gambar cool: Cool Hebat:Bantahan Seluruh Dunia Hina Nabi Muhamm...:  Demonstrasi membantah filem anti-Islam di YouTube yang menghina Nabi Muhammad terus merebak dengan rusuhan di Mesir memasuki hari ketiga,...


Demonstrasi membantah filem anti-Islam di YouTube yang menghina Nabi Muhammad terus merebak dengan rusuhan di Mesir memasuki hari ketiga, hari ini.
Seramai 13 orang cedera apabila polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang bertindak melempar batu dan botol ke arah pasukan keselamatan di luar Kedutaan Amerika, di sini hari ini.
Sementara itu, Presiden Mesir, Mohammed Mursi mengutuk penerbitan filem itu dan mengecam tindakan keganasan oleh penunjuk perasaan ke atas Kedutaan Amerika Syarikat di Kaherah.
"Rakyat Mesir menolak sebarang penghinaan terhadap Nabi kita. Saya mengutuk perbuatan mengutuk Nabi kami," kata Mursi yang disiarkan melalui televisyen negara berhubung filem kontroversi itu.
"(Tetapi) menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi tetamu kita dari luar negara," katanya semasa lawatan di Brussels.
"Saya menyeru semua orang jangan melanggar undang-undang Mesir... jangan menyerang kedutaan-kedutaan," katanya, merujuk kepada tindakan penduduk Mesir menyerang Kedutaan AS di Kaherah, kelmarin dan menurunkan bendera AS dan menggantikan dengan bendera Islam.
Mursi turut mengutuk pembunuhan Duta AS dan tiga warga AS di Benghazi, Libya, kelmarin berhubung insiden yang sama.



Komuniti Blogger JB
www.johor.blogspot.com

Tuesday, September 18, 2012

Aina Emir... dari mata dan hatiku: Antara Gangnam Style dan Innocence of Muslims

Aina Emir... dari mata dan hatiku: Antara Gangnam Style dan Innocence of Muslims:


Friday, September 14, 2012

Antara Gangnam Style dan Innocence of Muslims


Salam

Berapa orang di antara kita seronok sangat menonton satu fenomena tarian baru yang datangnya juga dari Korea, dan dipanggil 'Gangnam Style'? Bukan setakat itu sahaja, malah semua orang cuba bina tarian mereka sendiri mengikut rentak itu, seolah-olah kalau tak buat macam tu begitu rugi besar! Mula-mula bila kami dengar pasal hal ini (Dihighlightkan kat TV3), kami pun hairanlah jugak, kenapa kita pun kalut sama? Best sangat ke? Walhasil, memang beginilah agaknya. Kita tak pernah tak mahu ketinggalan zaman sampaikan elok atau tidak untuk kita, mesti kita ikut saja. Huh!

Agaknya pula, berapa ramai di antara kita cuba mencari maklumat tentang apa yang terjadi sekarang ini di dunia Islam? Heboh merata dunia tentang filem yang dibikin oleh seseorang berketurunan Yahudi di California, Amerika Syarikat bertajuk 'Innocence of Muslims', bukan hanya Nabi Muhammad SAW dihina, tetapi seluruh umat Islam dan agama Islam itu dipandang rendah seolah-olah tak bertamadun! Patutlah ada yang mengamuk gila! Biasalah, bila ia terjadi pada orang putih apa tah lagi rakyat Amerika, nayawa mereka mempunyai nilai yang tinggi, tetapi insan lain di dunia ini memang patut dibelasah ikut sesuka hati. Subhanallah.

Bukan niat saya untuk bercerita tentang hal-hal ini, cuma cuba mengingatkan kita untuk ambil kira apa yang patut kita fikirkan, bukan apa yang patut kita jadikan ikutan kita, seterusnya menjadi amalan dan merosakkan budaya yang sudah sedia tunggang-langgang. Wallahua'lam.

Wassalam.


'via Blog this'

http://www.facebook.com/groups/jual2u/
http://www.e-iklan1malaysia.blogspot.com

Sunday, September 16, 2012

SELAMAT HARI PERSEKUTUAN MALAYSIA KE-49

4 buah negara merdeka: Persekutuan Tanah Melayu -merdeka 31.8.1957 Borneo Utara-merdeka 31.8.1963 Sarawak-merdeka 22.7.1963 Singapura -merdeka 31.8.1963

Telah membuat perjanjian dengan Kerajaan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland untuk bergabung mewujudkan sebuah negara baru-Malaysia

Pada 16.9.1963 maka Persekutuan Malaysia diisytiharkan.

SELAMAT HARI PERSEKUTUAN MALAYSIA KE-49


Saturday, September 15, 2012

Tahniah Pandelela Rinong - Nona TV3

Penerjun negara di Sukan Olimpik London 2012, Pandelela Rinong atau lebih dikenali oleh rakan atlet sebagai Lulu mencipta rekod selaku wanita pertama negara berjaya merangkul pingat gangsa pada final acara 10 meter platform individu wanita sebentar tadi dengan mencatat mata keseluruhan 359.20. Pandelela kini menyertai Lee Chong Wei sebagai ke-2 terbaik dunia, Azizulhasni Awang ke-6 terbaik dunia dan Pandelela ke-3 terbaik di dunia dalam sukan Olimpik kali ini.

Atlet berusia 19 tahun dari Sarawak ini memulakan terjunan dan berakhir di tempat ke 7 setelah selesai pusingan ke 4. Namun pada terjunan ke 5, Pandelela melakukan satu

memastikan pungutan mata 76.80 untuk meraih temoat ke 3 keseluruhan terbaik. Pingat emas dimenangi oleh penerjun dari China yang juga Juara Olimpik Beijing 4 tahun lalu, Chen Ruolin

penerjun penerjun lain dengan pungutan mata 422.30. Pingat perak pula dimenangi oleh penerjun dari Australia iaitu Brittany Broben dengan pungutan mata 366.50.

lucu terjadi

yang

**Sesuatu

Pandelela Punya Pingat , Johari Pain Dapat Nama

Tahniah kepada anak jati Sarawak ini kerana telah mengharumkan nama Malaysia dan memastikan Jalur Gemilang berkibar di Pusat Akuatik di London. TAHNIAH!

**TAHNIAH juga kepada Johari Pain kerana perlu buat “sesuatu” dengan kemenangan Pandelela ini .

BlogHafizRahman at 4:45 AM


Filem Hina Nabi

PEZOL STYLEZ: FILEM BANGANG HINA NABI MUHAMMAD S.A.W

Kami kecam dengan penerbitan filem hina Nabi ini..


Wednesday, September 12, 2012

FGVH kena suntik oleh KWSP


FGVH kena suntik oleh KWSP ?

September 12, 2012









KUALA LUMPUR, 12 Sept — Keadaan pasaran yang lemah serta keadaan saham syarikat perladangan tidak menentu punca kenapa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membeli saham Felda Global Ventures Holding (FGVH), dalam satu kenyataan yang dikirim hari ini.
KWSP adalah salah satu pelabur utama FGVH dan meningkatkan pelaburannya dalam syarikat tersebut dari 5.07 peratus pada 4 Julai yang kepada 7.02 peratus semalam.

KWSP berkata semalam mereka positif dengan sektor perladangan yang kadang kala mempunyai turun naik dalam pasaran.
“Kami membeli saham-saham tersebut dan mengambil peluang ke atas pasaran lemah dan harga rendah dalam CPO untuk menambahkan saham kami bagi peningkatan keuntungan masa hadapan,” kata KWSP.
KWSP berkata bahawa FGV adalah syarikat minyak kelapa sawit ketiga terbesar dunia berdasarkan pemilikan hartanah, dan kedua terbesar di Malaysia.

“Kami mengambil kesempatan ke atas keadaan pasaran yang lemah untuk membina FGV sama seperti syarikat perladangan yang lain seperti KLK, IOI, Sime Darby dan United Plantation,” kata KWSP lagi.
“Sebagai pelabur yang bertanggungjawab, kami akan sentiasa memerhatikan secara terperinci saham dalam portfolio kami.”
Saham FGVH, IPO kedua terbesar tahun ini, meningkat sebanyak 20 peratus pada 28 Jun apabila masuk buat kali pertama namun pasaran menjadi tidak menentu selepas kenaikan tersebut.

Semalam, syarikat tersebut mula mendapat perhatian apabila harga mencecah RM4.55 seunit,  merosot 11 sen dari harga pembukaan, kemudian kepada RM4.57 sebelum meningkat kepada RM4.73 pada akhir pasaran.
Pagi ini harga itu merosot kepada RM4.71 sebelum meningkat kepada RM4.76 pada waktu rehat tengah hari.
FGVH dilaporkan mengalami kerugian pada suku kedua tahun ini, iaitu turun 32.5 peratus dari harga awal tahun, akibat dari kekurangan tuaian kelapa sawit, peningkatan kos operasi dan penurunan keuntungan dari syarikat subsidari dari pengeluar gula, MSM Holdings.

Kumpulan itu berkata mereka menghadapi isu seperti pokok kelapa sawit tua yang mewakili 53 peratus dari 320,000 hektar tanaman kelapa sawit, yang dianggap tertinggi dalam industri, dan penanaman semula menyebabkan syarikat itu terpaksa menunggu lebih lama untuk pokok itu matang.
FGVH juga dilaporkan mengalami kemerosotan pengeluaran per hektar, dengan pengeluarannya ketiga terendah di kalangan syarikat pengeluaran kelapa sawit Malaysia.

Harga pasaran kelapa sawit dijangka kekal lemah di mana jumlah pengeluaran Malaysia masih kekal di angka yang sama, dan mendapat persaingan dari negara jiran Indonesia.

Bagaimanapun, FGVH mempunyai dana tunai yang kukuh di samping polisi pembayaran 50 peratus dividen.

Pasaran saham mungkin mendapat manfaat — sektor perladangan bakal menjadi pasaran terbesar di mana syarikat utama mungkin akan lebih banyak melabur ke pelaburan hartanah.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pembelian-saham-fgvh-menguntungkan-di-masa-depan-kata-kwsp/
http://gayapeneroka.blogspot.com/2012/09/fgvh-kena-suntik-oleh-kwsp.html

Wednesday, August 29, 2012

Blue Moon - September 2012 (Macam Papa Smurf?)


Firman Allah yang bermaksud 'Dalam penciptaan langit dan bumi dan proses bergantinya siang dan malam adalah tanda-tanda kebesaran Allah bagi merka yang berfikir'

Fenomena alam bakal terjadi di akhir minggu ini pada hari Sabtu (1/9). Kali ini adalah perubahan warna bulan menjadi biru atau disebut Blue Moon.

1 September ini bulan akan diselimuti banyak debu angkasa, saat itu bulan akan kelihatan berwana biru jika dilihat dari bumi. Tidak hanya berwarna biru sahaja, bulan juga dijangka akan keluar sepenuhnya atau lebih jelas lagi dipanggil bulan purnama penuh..

Jika anda tidak berkesempatan menatapnya pada malam tarikh tersebut anda juga mungkin berkesempatan lagi untuk melihat 'blue moon' pada tanggal Julai 2015 akan datang itupun jika ada umur panjang.

West News:



Full Moons occur every 29.5 days, so it has always been a way of breaking up the seasons and the year, and is the basis for our calendar months.  One full moon per month is the usual, but since every month but February has at least 30 days in it, there is the potential for two full moons in a month.
The term Blue Moon can refer to the second full moon in a given month. When people say “once in a blue moon” they are speaking to the rarity of the occurrence of a second moon happening in the same given month.
This month is one of these unusual months which will have two full moons. There was the full moon on August 2nd, and another full moon appears on Friday, August 31st.
The term Blue Moon is also sometimes used to describe the third of four full moons in a single season.
Are there any moons that actually appear blue in color? Unusual sky conditions can create them, but they are not date-predictable. Particles of dust of a particular size or smoke from large forest fires or volcanic eruptions can cause a moon to look blue in color.
The idea of a Blue Moon as the second full moon in a month appears to have come from a March 1946 issue of Sky and Telescope magazine. In an article called “Once in a Blue Moon” by James Hugh Pruett, he defined the term this way: “Seven times in 19 years there were — and still are — 13 full moons in a year. This gives 11 months with one full moon each and one with two. This second in a month, so I interpret it, was called Blue Moon.”
Can there be two blue moons in a single calendar year? Yes and it happened last in 1999. There were two full moons in January and two full moons in March and no full moon in February. The next year of double blue moons will be in 2018.